Tentang Kami

Jenama trafikdagang.com ini diselia oleh Trafik Dagang ( MA0269344-H ) dan dalam masa yang sama di pantau oleh Millionmind Sdn Bhd ( 1181212-T ) yang mana perniagaan utama kami adalah menjalankan kerja-kerja penyediaan laporan kewangan, khidmat setiausaha syarikat, dan pengurusan perniagaan. Beroperasi di Kenwingston Business Center, Cyberjaya dan menguruskan lebih 300 profail syarikat Sdn Bhd.

Millionmind Sdn Bhd di pimpin oleh CEOnya yang mana seorang akauntan bertauliah melalui keahlian Persatuan Akauntan Malaysia ( MIA ) sejak 1 Nov 2013. Pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat dan jawatan terakhir adalah sebagai “Senior Account Executive” sebelum meninggalkan jawatan berkenaan untuk menjalankan khidmat yang di tawarkan kini oleh Millionmind Sdn Bhd. Pengalaman berniaga pula di pupuk seawal masa pengajian di peringkat universiti dengan menjual pelbagai produk seperti baju, tambah nilai telefon, kereta sewa, dan berniaga pasar malam menjual yong tau foo.

Cetusan idea untuk memilih perniagaan sedia ada kini adalah dari masalah yang timbul perihal percukaian oleh rakan usahawan. Jadi kata putus di ambil untuk mulakan dengan apa yang di miliki dengan kelayakan yang ada. Selain itu, apa yang ada kini pada syarikat Millionmind Sdn Bhd di usahakan dari peringkat menjalankan perniagaan dari rumah dengan bermodalkan sebuah laptop untuk jalankan kerja-kerja dan tugasan yang di berikan. Selari dengan peredaran masa dan pertumbuhan syarikat sedikit demi sedikit di bina bersama-sama ahli pasukan sedia ada untuk majukan lagi syarikat yang di usahakan.

Sijil Pendaftaran

Cetusan idea Trafikdagang.com adalah sebagai langkah mula untuk mulakan perniagaan jenis jualan produk pula sambil melatih lebih ramai usahawan melalui sistem ejen bersama-sama kami dan menjalankan perniagaan dengan lebih berstruktur. Seterusnya dapat kurangkan risiko kegagalan dalam perniagaan yang di ceburi.

sebarang pertanyaan

Hubungi Kami

Email

salam@trafikdagang.com

Pejabat

Trafik Dagang ( MA0269344-H )
No. 10-23A, Tingkat 10, Kenwingston Business Centre, Persiaran Bestari, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Hubungi kami

© 2021 Trafikdagang.com All Rights Reserved.