Struktur Niaga

1. PERLUNYA PENDAFTARAN SSM

Bila berniaga ni secara asasnya perlu lah ada pendaftaran perniagaan yang sah. Walaubagaimanapon kalau di peringkat awal di maaf kan lah lagi. Tapi secara sahnya sebaiknya perlu lah ada pendaftaran perniagaan tu.

ANDA BOLEH PERGI KE SALAH SATU LAMAN SESAWANG KAMI

Kenapa perlunya ada SSM? Secara asasnya kita mahu asingkan pendapatan yang di perolehi di antara pendapatan perniagaan dengan pendapatan lain contohnya duit gaji, nafkah suami dan sebagainya.

Seterusnya pendaftaran perniagaan ni menandakan anda berniaga secara sah di Malaysia dan akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai peniaga. Akan memudahkan proses untuk closing prospek anda dengan produk yang anda jual.

2. PERLUNYA ADA AKAUN SEMASA BANK

Kaedah mengasingkan pendapatan perniagaan dengan pendapatan lain adalah dengan adanya akaun bank khas buat perniagaan anda. Agensi kewangan atau agensi kerajaan seterusnya akan menilai transaksi pada akaun bank berkenaan sebelum memberi apa2 bantuan atau pinjaman. Kredibiliti anda sebagai peniaga juga di nilai dari adanya akaun bank yang anda serah kan semasa pembayaran hendak di buat oleh pelanggan anda. Mereka akan berasa yakin kerana anda punya SSM dan akaun bank yang sah. Kerana semasa anda membuka akaun bank, bank akan menilai rekod peribadi anda sebelum di benarkan buka akaun semasa bank berkenaan. Jadinya butiran diri anda yang sah sudah ada pada bank sebelum di benarkan buka.

3. PERLUNYA ADA PRODUK YANG BERMARGIN SELESA.

Fasa pertama berniaga adalah menimbulkan minat untuk berniaga. Margin yang selesa akan membuatkan perniagaan anda bertahan lebih lama. Team trafikdagang.com akan membuat analisis dan menilai sebelum di masukkan ke dalam senarai produk atau perkhidmatan yang hendak dipasarkan oleh team kami.

4. KEPELBAGAIAN SALURAN PEMASARAN

Selari dengan tujuan projek trafikdagang.com untuk cipta lebih banyak lead masuk ke nombor wasap team, kepelbagaian saluran pemasaran dengan tool yang lengkap juga penting. Ini bagi memastikan sesiapa yang menyertai team trafikdagang mampu cipta pendapatan bersama team kami. Struktur bagi bahagian ini team trafikdagang.com akan mencuba funnel yang bersesuai dan selari dengan kaedah pemasaran masa kini yang memberi tumpuan ke arah pendigitilan.

5. LATIHAN BERKALA

Sesi latihan dengan pelbagai topik akan di anjurkan dari masa ke semasa mengikut peringkat dan topik akan di jalankan secara atas talian. Ini bagi pastikan team TrafikDagang.com akan mendapat info terkini dan bersedia menempuhi cabaran bisnes pada masa kini. Sesi ini juga akan jadi madah perkongsian masalah perniagaan dan jalan penyelesaian akan di cari agar usahawan yang bersama TrafikDagang.com tidak bersendirian dalam menempuhi cabaran bisnes masa kini.

Berniaga secara berstruktur akan membuatkan perniagaan anda berkembang lebih dari sedia ada. Banyak perkara anda perlu kuasai sebelum dapat pastikan perniagaan anda bertahan lebih lama dari biasa, bukan lah hanya semata-mata kuasai bidang jualan dan pemasaran sahaja. Dengan sertai kami kita belajar dan berkongsi ilmu agar dapat sama-sama menempuh kejayaan.

Mulakan perjalanan bisnes anda di sini

Mulakan bisnes

anda di sini

Hubungi kami

© 2021 Trafikdagang.com All Rights Reserved.