Tentang Kami

Jenama ini di selia oleh Trafik Dagang ( MA0269344-H)/ Trafik Dagang (M) Sdn Bhd ( 1247492-D ) dan dalam masa yang sama di pantau oleh Millionmind Sdn Bhd ( 1181212-T ) yang mana perniagaan utama kami adalah menjalankan kerja-kerja penyediaan laporan kewangan, khidmat setiausaha syarikat, pengurusan perniagaan, pengurusan harta dan pusaka. Beroperasi di Kenwingston Business Center, Cyberjaya dan menguruskan lebih 300 profail syarikat Sdn Bhd

Bagi syarikat Millionmind Sdn Bhd, mereka di pimpin oleh CEOnya yang mana seorang akauntan bertauliah melalui keahlian Persatuan Akauntan Malaysia ( MIA ) sejak 1 Nov 2013. Pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat dan jawatan terakhir adalah sebagai “Senior Account Executive” sebelum meninggalkan jawatan berkenaan untuk menjalankan khidmat yang di tawarkan kini oleh Millionmind Sdn Bhd. Pengalaman berniaga pula di pupuk seawal masa pengajian di peringkat universiti dengan menjual pelbagai produk seperti baju, tambah nilai telefon, kereta sewa, dan berniaga pasar malam menjual yong tau foo.

Millionmind4u.com cetusan idea untuk memilih perniagaan sedia ada kini adalah dari masalah yang timbul perihal percukaian oleh rakan usahawan. Jadi kata putus di ambil untuk mulakan dengan apa yang di miliki dengan kelayakan yang ada. Selain itu, apa yang ada kini pada syarikat Millionmind Sdn Bhd di usahakan dari peringkat menjalankan perniagaan dari rumah dengan bermodalkan sebuah laptop untuk jalankan kerja-kerja dan tugasan yang di berikan. Selari dengan peredaran masa dan pertumbuhan syarikat sedikit demi sedikit di bina bersama-sama ahli pasukan sedia ada untuk majukan lagi syarikat yang di usahakan.

Sijil Pendaftaran

Trafikdagang.com adalah sebagai langkah mula untuk aplikasikan segala yang kami mahir berkenaan bab pengurusan dan pematuhan dalam cabang perniagaan jenis jualan produk. Ye lah, yang handal dalam mengurus belom tentu sukses dalam jualan produk. Usaha ini kami buat supaya dapat menajamkan kemahiran kami serta konsultansi yang di berikan akan lebih berkualiti pabila tahu selok belok bidang jualan produk.

sebarang pertanyaan

Hubungi Kami

Email

salam@trafikdagang.com

Pejabat

Trafik Dagang ( MA0269344-H )
No. 10-23A, Tingkat 10, Kenwingston Business Centre, Persiaran Bestari, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Hubungi kami

© 2021 Trafikdagang.com All Rights Reserved.

×
×

Cart