Pengesahan SSM

PENGENALAN

TRAFIK DAGANG adalah syarikat konsultan yang menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat yang menguruskan penubuhan Sdn Bhd. Untuk makluman anda semua setiausaha syarikat adalah seorang yang berlesen dengan pihak SSM untuk sempurnakan proses penubuhan Sdn Bhd. Jadi sambil kami buat urusan Sdn Bhd, kami bantu mana-mana usahawan yang bermasalah untuk membuat sebarang urusan SSM.

EZBIZ

Berbalik kepada tajuk di atas, kaedah proses pendaftaran SSM terkini adalah dengan menguruskannya secara atas talian melalui sistem EZBIZ. Didalam carian google terdapat banyak laman sesawang tetapi yang tepatnya adalah 1 sahaja iaitu melalui ezbiz.ssm.com.my. Jadinya jangan mudah terpedaya sebarangan untuk buat urusan SSM.

THUMBPRINT

Salah satu proses sebelom anda hendak buat apa-apa urusan SSM adalah anda perlu buat proses pengesahan identiti terlebih dahulu. Jadi step mulanya anda perlu daftar di laman web ezbiz berkenaan dan membuat pengesahan. Proses pengesahan ini terdapat 2 kaedah iaitu dengan hadir ke mana-mana SSM yang berdekatan dengan anda dengan melakukan proses tumbprint atau melakukannya secara video call.

VIDEO CALL

Bagi yang membuat secara video call anda perlu muat turun dahulu dokumen anda ke laman sesawang EZBIZ dan set temujanji dengan pihak SSM untuk sesi video call bersama pihak SSM.

KAEDAH MUDAH

Bagi anda yang mencari kaedah yang lebih memudahkan dan ingin kami bantu, bolehlah upah kami dengan menghubungi kami di pautan berikut.

HUBUNGI KAMI

Hubungi kami

© 2021 Trafikdagang.com 202103156901. All Rights Reserved.

×
×

Cart